Kontroversi Kumpulan Spider

Sekitar 2005, Spider dihimpit dengan kontroversi apabila mereka diberitakan mahu keluar daripada Luncai Emas. Krisis ini menjadi bualan wartawan dan petugas media, malah peminat kumpulan itu mengandaikannya sebagai hanya khabar angin.[28][29] Bagaimanapun pada Mei 2006, Spider menafikan dakwaan tersebut dan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka masih bersama Luncai Emas.[30]